Cerita Dongeng Jadi Inspirasi Kepada Nama Alat Penyelidikan Angkasa China

2022-05-11 13:32:45  CRI
Share with:

Dari siri prob eksplorasi bulan Chang'e, hingga alat perayau bulan "Yutu", prob penyelidikan Marikh Tianwen-1, kenderaan perayau Marikh Zhurong, kebanyakan alat penyelidikan tersebut diberi nama daripada cerita dongeng China.

Projek eksplorasi bulan China yang dilancarkan secara menyeluruh pada 2004 itu dipanggil “projek Chang’e”.

 

Pada 24 Oktober tahun 2007, prob eksplorasi bulan Chang'e-1 dilancarkan dan sehingga kini sejumlah lima prob eksplorasi bulan Chang’e telah berjaya dilancarkan.

Menurut cerita daripada buku kuno China, ‘Shanhaijing’, Chang’e adalah wanita cantik yang juga isteri kepada Hou Yi.

 

Kononnya, Chang’e ketika didatangi seorang jahat di rumahnya yang mahu mencuri ‘ubat panjang umur’ mendapati diri tidak berupaya untuk melawan berikutan ketiadaan Hou Yi, lalu terus memakan ubat tersebut.

 

Setelah memakan ubat itu, Chang’e merasakan badannya menjadi semakin ringan dan terbang dari bumi ke langit serta-merta, seterusnya menjadi dewi yang kekal tinggal di istana yang terletak di bulan.

Menurut legenda itu, “Yutu” yang sentiasa menemani Chang’e adalah seekor arnab. Maka “Yutu” menjadi nama alat perayau bulan bagi menemani prob eksplorasi bulan Chang'e setelah mendarat di muka bulan.