Skrin Kecil Buka Pasaran Besar

2022-05-11 22:12:35  CRI
Share with:


Tatkala menghadapi tempias daripada penularan pandemik COVID-19 semasa ini, kaedah menjual produk melalui pentriman langsung telah membantu syarikat di China memperluas pasarannya.

Petani di kaunti Sheyang, provinsi Jiangsu banyak bergantung kepada jualan lumut bawang putih. Pada bulan Mei tahun ini, walaupun petani tempatan memperoleh tuaian lumayan, namun penjualan sayur itu menghadapi masalah kerana penularan pandemik. Dengan bantuan syarikat e-dagangan dan sukarelawan, penstriman langsung telah dilakukan sebanyak tiga kali, yang berjaya menjual 300 tan lumut bawang putih. 

Begitu juga buah oren di kaunti Zigui, provinsi Hubei dan pelbagai industri lain di China. Sejak tercetus pandemik, lebih banyak penduduk suka membeli-belah dalam talian melalui penstriman langsung.

Stastik menunjukkan, jumlah jualan runcit dalam talian di China melebihi RMB3 trilion (RM1.89 trilion) pada suku pertama tahun ini, banyak menggalakkan pasaran pengguna.