Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Hungary

2022-05-11 11:28:37  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping pada Selasa mengutus kawat tahniah kepada Katalin Novak yang mula bertugas sebagai Presiden Hungary. 

Xi berkata, hubungan China-Hungary mengekalkan momentum perkembangan yang mantap pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pertukaran di peringkat tinggi amat rancak, manakala kerjasama dalam pelbagai bidang membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Beliau turut menyuarakan kesediaan untuk bersama Novak memperkasakan sinergi di peringkat dua hala serta dalam kerangka seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan Kerjasama China-Eropah Tengah dan Timur (CEEC), sekali gus melonjakkan perkongsian strategik komprehensif China-Hungary ke tahap lebih tinggi.