Forum Pembangunan Belia Rentas Selat Dirasmikan

2022-05-11 16:12:04  CRI
Share with:

Forum Pembangunan Belia Rentas Selat edisi kelima dirasmikan di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China pagi tadi.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara, Zhu Fenglian berkata, penganjuran acara itu memperlihatkan bahawa tiada siapa yang mampu menghalang hasrat saudara setanah air dari kedua-dua pantai Selat Taiwan untuk merapatkan hubungan.

Zhu dalam taklimat media di Beijing memaklumkan, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Yang telah mengutus surat tahniah kepada forum tersebut.

Difahamkan, forum itu dihadiri kira-kira 450 orang peserta dari kedua-dua pantai Selat Taiwan.