Biden Tandatangan Akta Baharu Mudahkan Bekalan Senjata kepada Ukraine

2022-05-11 12:02:14  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani akta pajak-pinjam pertahanan baharu pada Isnin, bagi menyegerakan bekalan senjata tanpa batas kepada Ukraine.

Menurut akta itu, presiden AS boleh memberi mandat kepada kerajaan untuk menyewakan atau meminjamkan alat pertahanan kepada Ukraine pada tahun fiskal 2022 dan 2023.

Tindakan itu akan mempercepat penghantaran senjata AS kepada Ukraine, sekali gus membatalkan pengehadan terhadap jenis senjata yang disediakan.