Kemahiran Kraf Tangan Tradisional di Tibet

2022-05-11 10:38:12  CRI
Share with:

Mukim Pusong di kaunti Nimu bandar Lhasa, ibu kota wilayah Tibet China dikenali sebagai “kota ukiran”. Kira-kira separuh penduduk di mukim tersebut bekerja dalam bidang ukiran. Pada tahun 2009, ukiran di mukim itu disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat wilayah Tibet.

Seniman menggabungkan seni ukiran tradisional dengan seni ukiran moden, bukan sahaja ukiran teks, tetapi juga ukiran corak dengan gambar dan teks, yang digunakan untuk mencetak kitab agama, bendera doa dan produk budaya dan kreatif pelancongan.