Buat Percaturan Siasah Ibarat Main Api

2022-05-11 15:13:00  CRI
Share with:

Cubaan Amerika Syarikat (AS) membuat percaturan siasah dalam isu Taiwan dan mengubah status quo rentas selat ibarat bermain dengan api yang akhirnya akan membakar diri. 

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Selasa, ketika diminta mengulas kelakuan Jabatan Negara AS menyemak semula “senarai fakta hubungan AS-Taiwan” baru-baru ini.

Zhao menegaskan, sejarah dan fakta tidak boleh dinafikan atau diputarbelitkan.

“Di dunia ini hanya terdapat sebuah negara China, dan kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh negara ini. Taiwan merupakan sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan.

“Ini sudah menjadi norma yang diterima umum, juga satu konsensus bersama masyarakat antarabangsa,” ujarnya.

Zhao menggesa AS supaya mematuhi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama, menepati komitmen politiknya dalam isu Taiwan, serta berhenti melakukan manipulasi politik dengan mempergunakan isu berkenaan.