CPI China Menokok Sederhana

2022-05-12 13:37:51  CRI
Share with:

Indeks Harga Pengguna (CPI) China bagi April menokok 2.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data terkini Biro Statistik Negara (NBS).

Walaupun dipengaruhi faktor seperti penularan pandemik COVID-19 dan kenaikan berterusan harga komoditi antarabangsa, indeks itu tetap menunjukkan trend peningkatan sederhana berkat pelaksanaan langkah-langkah efektif dalam memastikan kestabilan bekalan serta harga barang.

Untuk tempoh sama, Indeks Harga Pengeluar (PPI) naik 0.6 peratus, susut 0.5 mata peratusan berbanding bulan Mac.