Misi Penyelidikan Marikh China, Tianwen

2022-05-12 13:25:15  CRI
Share with:

Misi penyelidikan Marikh China iaitu Tianwen, membawa makna “Pertanyaan ke Surga” yang diambil dari puisi China berusia sekitar dua ribu tahun lalu.

 

Puisi tersebut meluahkan keinginan kuat si penulis untuk mengetahui tentang alam dan ruang angkasa.

 

Prob penyelidikan Tianwen-1 dilancarkan oleh Roket Long March 5 Y-4 pada 23 Julai 2020 dan berjaya mendarat di permukaan planet Marikh pada 15 Mei 2021.

Zhurong, alat perayau Marikh China pertama, merupakan nama dewa api pada zaman kuno China. Maka, Zhurong yang berjalan di Marikh juga bermakna dewa api mendarat planet itu.

 

Pada 17 Mei 2021, Zhurong menghantar balik data ke Bumi buat pertama kalinya dan memulakan rondaan pada 22 Mei.