Penduduk Xinjiang Kongsi Pengalaman Berpuasa dan Beraya

2022-05-12 15:01:41  CRI
Share with:

Penduduk Muslim dan tokoh-tokoh agama dari wilayah Xinjiang dijemput hadir ke suatu sesi penerangan menerusi pautan video untuk berkongsi pengalaman berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri masing-masing.

Bertema keadaan kebebasan beragama di Xinjiang, sesi anjuran kerajaan tempatan itu merekodkan kehadiran peserta dari lebih 60 negara dan pertubuhan antarabangsa serta 50 agensi media dari dalam dan luar negeri, pada Selasa.

Penduduk tempatan menyatakan mereka menyempurnakan ibadah puasa dan sambutan Aidilfitri dalam suasana aman dan damai serta menikmati kebahagiaan.

Jurucakap kerajaan Xinjiang, Xu Guixiang berkata, bermula 3 April hingga 2 Mei, umat Islam di wilayah berkenaan menyambut bulan yang penuh mulia dan keberkatan, iaitu Ramadan, dan mereka turut menyambut Aidilfitri yang jatuh pada 3 Mei, diwartakan sebagai cuti umum.

“Hari Raya Aidilfitri turut diraikan dalam suasana meriah dan harmoni di seluruh wilayah, cerminan bahawa kebebasan beragama dihormati dan dijamin di sana,” kata Xu dalam sidang media.