COVID-19: Shanghai Giat Pulih Operasi Pengeluaran

2022-05-13 14:49:48  CRI
Share with:

Shanghai giat mempercepat pemulihan aktiviti pengeluaran dan pembukaan semula sekolah, sekali gus memastikan metropolitan ini beroperasi seperti biasa.

Naib Datuk Bandar Eksekutif, Wu Qing pada sidang akhbar pagi tadi berkata, kerajaan sedang menggubal rancangan untuk memperkukuh pencapaian dalam memerangi wabak COVID-19, serentak membantu pemulihan pengeluaran dan kehidupan masyarakat secara teratur.

Menurutnya, Shanghai menyasar mencapai status sifar COVID-19 di peringkat komuniti menjelang pertengahan Mei.