Pelancaran Kapal Kargo Tianzhou

2022-05-13 12:48:15  CRI
Share with:

Kapal kargo Tianzhou-4 berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang, provinsi Hainan pada Selasa.

 

Kapal kargo Tianzhou merupakan kapal kargo berkapasiti terbesar serta yang paling lengkap dari sudut kemampuan sokongan orbit di dunia.

 

Mengimbau kembali, Tianzhou-1 iaitu kapal kargo pertama yang dibangunkan China dilancarkan pada 20 April 2017 dan buat pertama kalinya menyambung dengan stesen angkasa Tiangong-2.

Menakala, Tianzhou-2 selaku kapal kargo pertama dalam tempoh ujian dan pembinaan teknologi teras bagi stesen angkasa China pula dilancarkan dan memasuki orbit pada 29 Mei 2021.

Ia juga secara tidak langsung merupakan penerbangan pertama bagi sistem pengangkutan kargo stesen angkasa China.

Tianzhou-3 adalah penerbangan kali ke-5 bagi tempoh ujian dan pembinaan teknologi teras bagi stesen angkasa China, yang dilancarkan pada 20 September 2021. Menurut hasil pencapaian Tianzhou-2, sistem Tianzhou-3 dilihat berjaya dioptimumkan.

 

Dalam misi Tianzhou-4 kali ini, ia telah membawa kargo dalam tiga kategori, termasuk barangan keperluan kehidupan selama enam bulan untuk tiga angkasawan dalam misi Shenzhou-14, alat ganti untuk penyelenggaraan stesen angkasa lepas, dan kemudahan penyelidikan angkasa.