AS Digesa Jangan Bermain Api

2022-05-13 11:53:33  CRI
Share with:

Beijing memberi amaran kepada Washington supaya jangan bermain api dalam isu-isu berkaitan kepentingan teras China.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian berkata Amerika Syarikat (AS), selaku kuasa luar rantau, sepatutnya memainkan peranan yang positif dan konstruktif dalam menggalakkan ketenteraman dan pembangunan rantau.

“Ia tidak boleh bertindak menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau ini, serta mencemarkan solidariti dan kolaborasi berkenaan.

“Selain itu, cubaannya untuk memaksa negara lain pilih kasih dengan dalih bekerjasama juga perlu ditolak,” kata beliau dalam taklimat harian di Beijing pada Khamis.

Dilaporkan, penyelaras Hal Ehwal Indo-Pasifik di Majlis Keselamatan Negara AS, Kurt Campbell mendakwa isu-isu berkaitan China antara pengisian diatur Sidang Kemuncak AS-ASEAN.

Menurutnya, AS menyedari dirinya tidak boleh mengalih perhatian dari Asia Pasifik, dan ia akan meningkatkan pelaburan dan penglibatannya di negara-negara Asia Tenggara.