China Susun Matlamat Pembangunan Bioekonomi

2022-05-13 12:59:42  CRI
Share with:

Rancangan Baharu Memacu Bioekonomi sempena pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) Ke-14 (2021-2025) Pembangunan Kebangsaan telah disiarkan baru-baru ini.

 

Menurut rancangan mengenai bioekonomi pertama di China itu, dengan pembangunan kekuatan sains dan teknologi strategik biologi peringkat negara, ia sekali gus akan mempercepat kejayaan memecahkan cerutan pembanguan bioekonomi.

 

Berdasarkan tumpuan rakyat terhadap keperluan peringkat tinggi dalam bidang perubatan dan kesihatan, makanan dan penggunaan, karbon rendah dan keselamatan biologi, China akan mengembangkan perubatan biologi, pertanian biologi, penggunaan alternatif biojisim dan keselamatan biologi.

 

Bioekonomi adalah ekonomi yang menggabungkan perubatan, kesihatan, pertanian, perhutanan, sumber tenaga dan pemeliharaan persekitaran secara mendalam dengan momentum pengetahuan sains hayat dan teknik biologi, serta asas pemeliharaan dan penerokaan sumber biologi.