China, Pedagang Barangan Terbesar Dunia

2022-05-13 14:15:02  CRI
Share with:

Status China sebagai negara perdagangan barangan terbesar dunia diperkukuh apabila kuota eksport komoditinya dalam pasaran global meningkat daripada 11 peratus kepada 15 peratus sepanjang sedekad lalu. 

Data terbaharu menunjukkan, jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan China pada 2021 mencatat USD6.9 trilion (RM30.3 trilion), menduduki tempat teratas di dunia selama dua tahun berturut-turut.

Pada tahun sama, aliran masuk pelaburan asing direkod sebanyak RMB1.15 trilion (RM743.2 bilion), melonjak 62.9 peratus berbanding 2012.