Batal Tarif Tambahan Selaras Kepentingan Bersama

2022-05-13 11:27:04  CRI
Share with:

Tindakan Amerika Syarikat (AS) membatalkan tarif tambahan terhadap produk China adalah selaras dengan kepentingan asas pengguna dan perusahaan negara itu sendiri. 

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting semasa sidang media pada Khamis berkata, dalam senario berdepan tekanan inflasi yang tinggi, tindakan seumpama juga bermanfaat kepada seluruh dunia.

Akhir-akhir ini, Pejabat Perwakilan Perdagangan AS (USTR) mengumumkan pelancaran prosedur penyemakan semula untuk menilai sama ada mengurangkan tarif tambahan terhadap produk China.

Menurut Shu, pasukan kerja ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara mengekalkan komunikasi normal dalam hal ini.