China, Croatia Sedia Kembangkan Hubungan Bilateral

2022-05-14 13:51:30  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Croatia, Zoran Milanovic saling mengirim perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi menyatakan China dan Croatia saling menghormati dan melayan satu sama lain secara sama rata sejak terjalinnya ikatan diplomatik pada 30 tahun lepas.

Kesalingpercayaan politik yang kukuh telah diwujudkan berkat usaha bersama kedua-dua pihak, sementara kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membuahkan hasil positif, sekali gus membawa manfaat kepada kesejahteraan rakyat.

Xi turut menzahirkan kesediaan untuk berusaha bersama dengan Milanovic untuk memperkukuh kesalingpercayaan politik antara kedua-dua negara, memperkasa penyelarasan strategi pembangunan dan terus mengembangkan hubungan bilateral.

Milanovic pula berkata, kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua negara menyaksikan hasil yang memberangsangkan dalam pelbagai bidang.  

Beliau yakin kedua-dua pihak akan terus berganding bahu untuk memperdalam hubungan rakan kongsi dan memperluas lagi kerjasama tersebut.