Penglibatan Konsisten China ke Arah Ekonomi Global Terbuka

2022-05-15 15:01:59  CRI
Share with:

Mesyuarat pertama Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Negeri di bawah Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) diadakan pada 15 Mei, empat tahun lalu, yang dipengerusikan Presiden Xi Jinping merangkap Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC.

Mesyuarat itu menyaksikan penubuhan rasmi Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Negeri yang dilalui pembaharuan institusi pusingan baharu, sekali gus membuat reka bentuk peringkat atas untuk usaha diplomasi China pada era baharu.

Menyingkap kembali sejarah perkembangan diplomasi, profesor Universiti Renmin China, Wang Yiwei berkata negara ini sentiasa berusaha sehabis baik menggerakkan globalisasi ekonomi ke arah lebih terbuka, inklusif, untung bersama, seimbang dan saling menang.

Memetik kenyataan Presiden Xi, Wang menyatakan negara di dunia harus berpegang kepada multilateralisme yang jitu, berkeras untuk meruntuhkan tembok daripada membina tembok, di samping kekal terbuka daripada pengasingan serta berintegrasi daripada tercantas, demi ekonomi global yang terbuka.

"China telah mendorong pihak terbabit hingga mewujudkan zon perdagangan bebas terbesar dunia, iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

"Pada masa sama, negara ini juga memohon menganggotai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), dengan mengetengahkan inisiatif perkongsian digital.

"Ini akan menyediakan jaminan lebih kukuh dari segi keinstitusian apabila kami terlibat dalam pembahagian kerja global dan pembuatan peraturan secara berkualiti dengan kriteria tinggi,” jelas Wang.

Presiden Xi semasa mesyuarat pertama suruhanjaya itu menekankan peri pentingnya usaha diperkasakan untuk memantapkan lagi pembinaan Jalur dan Laluan (BRI).

Pada pandangan Wang, semakin banyak negara mengambil bahagian dalam BRI menyusuli potensi terserlah oleh inisiatif berkenaan.

"Kini, terdapat 149 negara dan 32 organisasi antarabangsa menandatangani sebanyak 200 memorandum persefahaman (MoU) dengan China.

"Ia membentuk susunan baharu globalisasi ekonomi, sekali gus menggerakkan tadbir urus global ke arah lebih sama rata, munasabah, lestari dan saksama,” kata Wang.