Hasil Kerjasama BRI Dipuji Tokoh Pelbagai Negara

2022-05-16 13:50:47  CRI
Share with:

Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) buat pertama kalinya diadakan di Beijing pada lima tahun yang lalu, iaitu pada 14 dan 15 Mei tahun 2017, diserikan dengan kehadiran lebih 30 pemimpin negara, ketua kerajaan serta pegawai kanan pertubuhan antarabangsa. Para hadirin telah mencapai konsensus tentang sejumlah projek kerjasama dan langkah yang penting serta membuahkan sejumlah hasil yang substantif, yang dilihat sebagai isyarat positif untuk mendorong kerjasama antarabangsa dalam kerangka BRI dengan sinergi dan berganding bahu membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Naib Pengerusi Jawatankusa Hal Ehwal Luar Kongres Laos yang juga bekas Duta Besar Laos ke China, Puan Vandee Budthasavong ketika diwawancara oleh wartawan CMG berkata, pelaksanaan BRI merupakan saluran yang paling mudah bagi Laos yang berusaha membebaskan diri daripada barisan negara yang paling mundur. Landasan kereta api China-Laos yang beroperasi secara rasmi pada 3 Disember tahun lalu bukan sahaja telah membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak tetapi juga membawa manfaat kepada negara ASEAN lain bahkan dunia.

Profesor Baris Adibelli dari Universiti Dumlupinar Turki pula menyatakan bahawa China mengeluarkan BRI yang berkonsepkan terbuka, saling untung dan menang-menang yang dilihat membolehkan rakyat pelbagai negara yang terlibat berpeluang mengetahui tamadun dan budayaan antara satu sama lain. Ini adalah penting bagi mewujudkan kedamaian serantau dan sejagat.

Menurut beliau, Turki patut menyertai kerjasama BRI dengan aktif supaya menjadikan pelaksanaan strategi pembangunan negaranya diadunkan dalam kerangka tersebut.

Setakat 23 Mac lalu, China telah menandatangani lebih 200 dokumen kerjasama pembinaan BRI dengan 149 buah negara dan 32 buah pertubuhan antarabangsa yang merangkumi bidang kesalinghubungan, pelaburan, perdagangan, kewangan, sains dan teknologi, sosial, kebudayaan keinsanan, kehidupan rakyat dan laut. BRI sudah berkembang daripada anjuran China kepada persepakatan antarabangsa.