Shanghai Mula Sambungkan Semula Perniagaan secara Berperingkat

2022-05-16 12:21:24  CRI
Share with:

Pihak berkuasa Shanghai akan membuka semula perniagaan secara beransur-ansur yang melibatkan pusat beli-belah, pasar sayur dan premis perkhidmatan mulai Isnin selepas sekatan pergerakan dijalankan selama berminggu-minggu untuk mengekang pandemik COVID-19, kata Naib Datuk bandar itu, Chen Tong dalam sidang media pada Ahad.

“Shanghai akan berusaha untuk memastikan pembukaan semula tapak perniagaan sebanyak mungkin dan mereka yang bertugas dalam bidang bekalan barangan keperluan harian pulang ke tempat kerja masing-masing ,” kata beliau.

“Premis komersial seperti pusat beli-belah, pasar raya, kedai runcit dan farmasi akan memulihkan operasi fizikal secara beransur-ansur dan teratur, manakala pasar sayur dan salun rambut akan diizinkan memulihkan perniagaan dengan melayani bilangan pelanggan yang ditetapkan,” tambah Chen.

“Bilangan premis komersial yang menyambungkan perniagaan di di seluruh bandar ini telah meningkat kepada 10,625 buah daripada angka terendah yang kurang daripada 1,400 buah, dengan pesanan penghantaran harian mencecah 5 juta,” kata Chen.