Kerja Naik Taraf Pasar Malam Hotan Xinjiang Dimulakan

2022-05-16 12:28:23  CRI
Share with:

Kerja menaik taraf Pasar Malam Hotan dimulakan hari ini. 

Pasar Malam Hotan yang baharu ini meliputi kawasan seluas 66,000 meter persegi dan terdiri daripada tiga bangunan utama dan sebatang jalan antik.

 Sebagai tambahan kepada projek makanan, terdapat Jade Bazaar, Golden Bazaar dan Tuancheng Old Street, dengan jumlah pelaburan sebanyak RMB800 juta (RM518.24 juta). 

Selepas siap, pasar malam tersebut akan menjadi kluster pasar malam dengan volum terbesar, mempunyai fungsi paling lengkap dan kedai paling banyak di seluruh wilayah Xinjiang.

 Pembinaan Pasar Malam Hotan baharu ini akan menggalakkan lagi pembangunan bersepadu berkualiti tinggi bagi budaya, pelancongan dan ekonomi bandar di Xinjiang.