Laporan Perkembangan Kewartawanan China Dikeluarkan

2022-05-16 13:51:55  CRI
Share with:

Persatuan Wartawan China (ACJA) menyiarkan Laporan Perkembangan Kewarwanan China dalam laman sesawangnya hari in yang menunjukkan bahawa pada tahun 2020 hingga 2021, sektor kewartawanan China menyaksikan kecenderungan yang semakin menonjol dalam perkembangan all-media, segenap aspek dan penggunaan platform, sedangkan media konvensional termasuk surat khabar, radio dan televisyen mengalami perkembangan yang menguncup dan transformasi digital yang berorientasikan penggabungan secara mendalam.

Menurut Laporan yang merupakan edisi keenam dikeluarkan ACJA sejak tahun 2014, teknologi baharu termasuk platform media, penghantaran digital, teknologi visual yang canggih, kecerdasan buatan (AI) dan 5G berperanan penting dalam memacu perkembangan dan inovasi sektor media.