Impak COVID-19 terhadap Operasi Ekonomi China Sementara

2022-05-16 15:10:42  CRI
Share with:

Jurucakap penerangan Biro Statistik Kebangsaan (NBS) China, Fu Linghui dalam sidang akhbar pagi tadi telah memperkenalkan punca menurun indeks ekonomi utama pada April lalu, dan menghuraikan operasi ekonomi domestik yang dijangka akan pulih secara stabil.


Wabak COVID-19 telah membawa impak negatif terhadap operasi ekonomi pada bulan April lalu. Nilai tambahan industri yang mempunyai skop tertentu menguncup 2.9% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu, manakala indeks penghasilan sektor perkhidmatan pula menurun 6.1% dan jumlah keseluruhan jualan runcit barang penggunaan sosial menjunam 11.1%.


Fu yang juga Ketua Jabatan Statistik Komprehensif Ekonomi Nasional NBS menyatakan kesemua perubahan ini berlaku untuk sementara waktu semasa penularan wabak, dan ekonomi China yang bersifat akomodatif tetap kukuh dan mantap, dan dipercayai akan terus berkembang ke arah yang berkualiti tinggi berdasarkan potensi miliknya yang besar. Ini juga tidak terlepas dari tindakan kuarantin yang pantas dalam menangkis wabak COVID-19 dan pelaksanaan sejumlah dasar insentif yang bertujuan memacu perkembangan sosioekonomi.