Pertemuan Menteri Luar China-Korea Selatan secara Maya

2022-05-17 15:23:05  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Park Jin mengadakan pertemuan melalui pautan video semalam. Wang Yi berharap agar China dan Korea Selatan mewujudkan perkembangan hubungan dua hala yang lebih cemerlang dengan mengikuti arah yang tepat untuk tiga dekad kelak.

Sehubungan itu, Wang Yi turut mengemukakan harapannya yang melibatkan empat bidang, iaitu kedua-dua pihak perlu memperkasakan komunikasi dan penyelarasan agar memperkukuh dasar kesalingpercayaan, mengikuti arahan Presiden kedua-dua negara dalam bidang diplomasi, dan memastikan kelancaran dalam mekanisme dialog pada pelbagai peringkat untuk mendorong kerjasama dan mengawal perselisihan. Kedua-dua pihak juga diharap mempertingkat kerjasama saling menguntungkan, merancakkan pertukaran lawatan sosiobudaya di samping meningkatkan kerjasama antarabangsa dan memelihara kestabilan serantau.

Park Jin pula menyatakan bahawa Korea Selatan amat mementingkan hubungan dengan China, dan bersedia membina hubungan dua hala yang lebih sihat dan matang. Pihaknya sentiasa mengekalkan prinsip Satu China, memuji dan menantikan China terus memainkan peranan konstruktif dalam isu Semananjung Korea.