Impak Wabak Tidak Jejaskan Kemapanan Ekonomi China

2022-05-17 12:19:44  CRI
Share with:

 Impak pandemik COVID-19 tidak akan menjejaskan trend pertumbuhan ekonomi China yang mapan, dan tidak akan mengubah ciri-ciri ekonomi China yang mempunyai ketahanan tinggi, potensi besar dan ruang yang meluas.

Jurucakap Biro Statistik Negara (NBS) China, Fu Linghui berkata demikian ketika mengulas tentang pengoperasian ekonomi untuk bulan April, dalam sidang taklimat pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, kerajaan tempatan bandar raya Shanghai dalam satu pengumuman mengenai situasi pengawalan pandemik COVID-19 memberitahu bahawa 15 daripada 16 daerah di bandar raya itu telah mewujudkan sifar kes jangkitan di masyarakat pada masa ini, oleh itu, kerja dan kehidupan normal akan dipulihkan di bandar itu pada Jun.

Setakat Jumaat lalu, lebih 4,400 daripada lebih 9,000 perusahaan industri yang besar di Shanghai telah menyambung semula pengoperasian.

Ketika ini, situasi wabak di pelbagai tempat di China semakin terkawal, sekali gus membuktikan bahawa langkah-langkah yang diambil adalah saintifik serta menjamin kepada pemulihan ekonomi.

Menurut statistik yang diumumkan pihak berkuasa pada Isnin, kelebihan skala pasaran gergasi China masih berada pada situasi ketara, sementara trend pertumbuhan ekonomi yang mapan pula tetap diteruskan.

Pada April, jumlah jualan runcit barang penggunaan yang mencatat RMB2.9 trilion (RM1.8 trilion) dan jumlah import-eksport yang mencatat RMB3.2 trilion (RM2 trilion) itu secara tidak langsung memperlihatkan trend ekonomi China menuju ke tahap pembangunan berkualiti tinggi tidak berubah.