15 Tarikan dengan Landskap Semula Jadi

2022-05-17 20:09:19  CRI
Share with:

Pemandangan matahari terbit dan terbenam di Xiapu, wilayah Fujian dan lautan awan di Shexian, wilayah Anhui merupakan antara 15 tarikan yang terkenal dengan landskap semula jadi hingga disenarai sebagai lokasi tumpuan pelancong kumpulan pertama oleh Persatuan Perkhidmatan Meteorologi China.

△Lautan awan yang sungguh menakjubkan di Shexian, wilayah Anhui.

△Lautan awan yang memukau pandangan di gunung Lushan, wilayah Jiangxi.

△Blue Tears terhasil daripada fenomena fitoplankton yang mengeluarkan cahaya biru di Pingtan, wilayah Fujian. Ini menjadikan air laut kelihatan berkilau-kilauan kebiruan yang sungguh mempesona.

△Salji tebal menyelubungi serata pelosok bandar Mudanjiang di wilayah Heilongjiang.

△Kaunti Xunke di wilayah Heilongjiang menyajikan pemandangan eksotik dihiasi kabut ais.

△Pemandangan ladang teres berlatar belakang lautan awan cukup mempesona di Yunhe, wilayah Zhejiang.

△Xiapu di wilayah Fujian terkenal dengan pemandangan laut yang indah tatkala matahari terbit dan terbenam.