AS Dibantah Bantu Taiwan Terokai Apa Yang Disebut "Ruang Antarabangsa"

2022-05-17 11:47:32  CRI
Share with:

 Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani "rang undang-undang yang mengarahkan Setiausaha Negara menetapkan strategi untuk membantu Taiwan mendapatkan semula kedudukan peninjau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)".

 

Mengenai hal tersebut, Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian mengujar bahawa China mengemukakan bantahan yang tajam terhadap rang undang-udang AS tersebut yang dilihat melanggar prinsip Satu China dan peraturan berkenaan yang terkandung dalam tiga Pengumuman Bersama China-AS, mencabuli undang-undang antarabangsa serta prinsip asas hubungan antarabangsa dan merupakan campur tangan yang biadab terhadap urusan dalaman China.

 

Zhao Lijian berkata, isu Taiwan adalah hal ehwal domestik China. Menurut resolusi berkenaan WHO dan perhimpunan agung PBB, penglibatan wilayah Taiwan dalam aktiviti anjuran WHO perlu dilaksanakan menurut prinsip Satu China, sedangkan penglibatannya dalam  hal ehwal kesihatan global perlu dilaksanakan dalam kerangka yang ditetapkan oleh kerajaan pusat China yang sejak sekian lama mengambil berat terhadap kesihatan rakyat di pulau itu.

 

Zhao menegaskan pihaknya mendesak AS mematuhi prinsip Satu China dan tiga Pengumuman Bersama China-AS, undang-undang antarabangsa serta prinsip asas hubungan antarabangsa di samping menangani isu Taiwan dengan sikap yang teliti. Jika membantu Taiwan menerokai apa yang disebut "ruang antarabangsa" melalui ruang undang-undang tersebut, AS akan bertanggungjawab terhadap hubungan bilateral dan kestabilan serta keamanan Selat Taiwan yang semakin terjejas.