Jepun Didesak Tarik Balik Keputusan Salah Buang Air Cemar dalam Laut

2022-05-18 12:06:52  CRI
Share with:

Jepun digesa mementingkan keprihatinan rasional masyarakat antarabangsa dan rakyat domestik, menarik balik keputusan salah membuang air pencemaran nuklear ke dalam laut, menghentikan kesemua persiapan berkenaan, dan melaksanakan kewajipan antarabangsa yang sewajarnya.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media Selasa.

Dimaklumkan, Syarikat Kuasa Elektri Tokyo (TEPCO) telah memulakan pergalian dasar laut di tempat sejarak sekilometer dari Fukushima.

Wang berkata, negara pesisir Laut Pasifik termasuk China menentang keras keputusan salah Jepun itu.

Jepun gagal membuat penjelasan terperinci yang boleh dipercayai berhubung kesahan pelan buangan, kebolehpercayaan data air cemar, keberkesanan peralatan pembersihan dan ketidaktentuan kesannya terhadap persekitaran. Ini kenyataan objektif yang tidak boleh dielakkan Jepun.