Peninggalan Budaya “Silang” di Sanxingdui

2022-05-18 13:29:26  CRI
Share with:

 Haiwan imaginasi gangsa, artifak yang ditemui di Sanxingdui, tapak peninggalan bersejarah tiga ribu tahun, buat kali pertama dipamerkan dalam kegiatan sempena Hari Muzium Antarabangsa di Muzim Bandar Yibin, provinsi Sichuan hari ini. 

Artifak tersebut kelihatan berjaya menarik tumpuan perhatian ramai netizen.

 Haiwan imaginasi ini mempunyai panjang sehingga 28.5 sentimeter, tinggi 26.4 sentimeter, dan lebar 23 sentimeter. 

Ia mempunyai dada yang tinggi, pinggang yang merosot, anggota badan yang terulur, kaki seperti ladam, dan ekornya terbalik dan bengkok ke belakang, seperti robot anjing yang moden. 

Malah, turut teradapat netizen yang menamakannya "Pea Shooter". Ramai netizen memuji bentuknya yang pelik dan menyeru bahawa satu lagi peninggalan budaya “silang” dapat digali.

 Sudah tentu, "anjing robot" bukanlah peninggalan budaya "silang" pertama yang digali di Sanxingdui.

Arca gangsa yang seakan-akan menyerupai "Ultraman", dan roda matahari gangsa yang berbentuk seperti stereng kereta turut menambah daya tarikan baharu bagi barang antik yang telah diwarisi selama ribuan tahun.