Xi Hubungi Presiden Baharu Filipina Melalui Telefon

2022-05-18 15:21:36  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghubungi Presiden Filipina baharu, Ferdinand Marcos Junior melalui telefon pagi tadi.

Xi menyatakan bahawa China dan Filipina berfokus kepada pembangunan bersama sehingga membentuk perkongsian strategi komprehensif dalam tempoh enam tahun lalu. Fakta berkenaan membuktikan bahawa persahabatan kedua-dua negara ini merupakan yang dinanti-nantikan rakyat dan kerjasama bilateral selaras dengan kepentingan bersama rakyat. China bersedia meningkatkan komunikasi dengan Filipina mengenai pengalaman mentadbir negara, memperkasakan kerjasama yang sedia ada di samping meneroka bidang pertumbuhan yang baharu. China akan mengekalkan sokongan dan bantuan kepada pembangunan sosioekonomi Filipina.

Sementara itu, Xi berharap Filipina mengekalkan pelaksanaan dasar luar yang bebas dan berinisiatif. China bersedia memperkasakan komunikasi dan penyelarasan strategik dengan Filipina mengenai isu antarabangsa dan serantau yang penting untuk memelihara situasi pembangunan secara damai yang baik di rantau ini.

Macros pula menyatakan bahawa Filipina bersedia meningkatkan pertukaran lawatan dengan China dalam pelbagai peringkat dan mengintensifkan kerjasama yang melibatkan pelbagai bidang. Beliau penuh yakin terhadap perkembangan hubungan bilateral pada masa depan dan bersedia bersama-sama dengan China menyuntik momentum baharu kepada perkembangan hubungan dua hala.