Mudahkan Warga Emas dengan Teknologi Digital

2022-05-18 13:49:54  CRI
Share with:

Hari Masyarakat Telekomunikasi dan Informasi Sedunia 2022 jatuh pada 17 Mei lalu, dengan temanya “Digital Technologies for Older Persons and Healthy Ageing”.

Menurut Laporan Prestasi Pembangunan Internet China ke-49 yang dikeluarkan Pusat Maklumat Internet China, setakat penghujung tahun 2021, jumlah pengguna internet mencatat 1.032 bilion orang di China, antaranya orang berumur 60 tahun ke atas menempati 11.3%. Antara golongan emas ini, 30% daripadanya boleh menyelesaikan langkah penggunaan kod kesihatan dan kod perjalanan secara kendiri, 23% daripadanya mampu membeli barangan secara dalam talian dan 20% daripadanya boleh mencari maklumat dalam talian.

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) telah mengeluarkan dokumen berkenaan demi mengecilkan jurang perbezaan yang dihadapi golongan emas dalam bidang digital, dan melancarkan kempen untuk menyediakan aplikasi internet yang mudah digunakan warga emas. Setakat ini, terdapat lebih 300 portal telah menyelesaikan pengubahsuaian yang bersifat mesra warga emas dan sebanyak 55 jenis aplikasi telah lulus ujian untuk kegunaan warga emas yang melibatkan bidang akhbar, maklumat sosial, pembelian, perkhidmatan kewangan, perjalanan dan pelancongan, perubatan dan kesihatan.