Jumlah Penduduk yang Terima Pendidikan Tinggi Cecah 240 juta di China

2022-05-18 14:22:33  CRI
Share with:

China berjaya menubuhkan sistem pendidikan tinggi berskala paling besar di dunia dengan jumlah mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di menara gading ketika ini melebihi 44.3 juta orang.

Demikian umum Kementerian Pendidikan China pada Selasa ketika membentangkan hasil pembaharuan pendidikan tinggi dalam sepuluh tahun lalu.

Difahamkan, kadar penerimaan pendidikan peringkat tinggi meningkat daripada 30 peratus pada 2012 kepada 57.8 peratus pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 27.8 peratus.

Kadar tersebut sekali gus menyaksikan pencapaian lonjakan yang bersejarah, dan memperlihatkan pendidikan tinggi memasuki tahap popular tertinggi yang diiktiraf oleh dunia.

Setakat ini, jumlah penduduk yang telah menerima pendidikan tinggi telah mencatat 240 juta orang. Selain itu, tempoh pekerja baharu menerima pendidikan termasuk dari peringkat rendah sehingga tinggi adalah selama 13.8 tahun secara puratanya.

Institusi pengajian tinggi terus berinovasi dalam kaedah mendidik, mod kendalian sekolah, sistem pengurusan dan mekanisme jaminan, secara tidak langsung memberikan sokongan kuat kepada pembinaan pusat tenaga profesional dan pusat inovasi yang penting di dunia.