Xi Harap Sarjana Muda Berbakti Perjuangkan Matlamat Pembangunan Tanah Air

2022-05-19 16:10:06  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping semalam menyampaikan surat balas kepada para sarjana muda dari Universiti Nanjing yang kembali ke tanah air selepas tamat pembalajaran di seberang laut. Beliau berharap agar mereka mewarisi tradisi yang unggul dengan yang dipelajari di seberang laut, menyumbang kepada pembangunan tanah air dan mengekalkan perkhidmatan untuk rakyat. Mereka juga diharap bertungkus-lumus meneruskan penyelidikan agar mencapai lagi hasil cemerlang dalam mendorong sektor sains dan teknologi berkembang ke arah berdikari, menyumbangkan kebijaksanaan dan tenaga kepada pembangunan negara sosialis yang moden dan perjuangan impian kebangkitan nusa dan bangsa.

Xi dalam suratnya turut mengucapkan tahniah dan menyampaikan salam kepada para guru dan siswa-siswi sempena ulang tahun ke-120 Universiti Nanjing.