Wang Yi Bakal Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS

2022-05-19 11:48:13  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara-negara BRICS dijadual diadakan secara maya pada hari ini. 

Menurut maklumat Kementerian Luar China, mesyuarat itu akan dipengerusikan Menteri Luar China Wang Yi dan diserikan dengan kehadiran Menteri Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Naledi Pandor, Menteri Luar Brazil, Carlos Alberto Franco França, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan Menteri Luar India, S. Jaishankar. 

Dalam mesyuarat itu, menteri-menteri luar BRICS juga akan mengadakan dialog dengan menteri luar dari pasaran baru muncul dan negara membangun dalam format "BRICS+".