Ulang Tahun Ke-50 Terjalinnya Hubungan Diplomatik China-Belanda

2022-05-19 15:08:17  CRI
Share with:

Presiden China,Xi Jinping dan Raja Belanda, Baginda Willem Alexander Claus George Ferdinand saling mengutus kawat tahniah atas ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara pada Rabu.

Xi berkata, kedua-dua pihak berusaha mendorong perkembangan hubungan bilateral dan membuahkan hasilan melimpah dalam pelbagai bidang dalam tempoh 50 tahun yang lalu, sehingga berjaya menaiktaraf hubungan itu menjadi perkongsian kerjasama  komprehensif yang terbuka dan substantif pada tahun 2014, sekali gus menonjolkan peranan “pintu gerbang” Belanda dalam kerjasama China-Kesatuan Eropah (EU). Semasa penularan wabak COVID-19, kedua-dua negara yang saling menyokong telah mempamerkan persahabatan akrab di kalangan rakyat. China mementingkan perkembangan hubungan dengan Belanda, dan bersedia terus memperhebat perkembangan hubungan itu ke arah yang lestari, sihat dan stabil demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Baginda Willem Alexander berkata, hubungan bilateral Belanda-China berkembang dinamik dan aktif dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta sosiobudaya dalam tempoh lima dekad lalu. Ikatan baik dan penuh hasil itu dipercayai akan menjadi semakin kukuh.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri kedua-dua negara pula saling mengutus kawat tahniah.