Pertemuan Menteri Luar China-Jepun secara Maya

2022-05-19 12:54:29  CRI
Share with:

China dan Jepun menghadapi tugas mendesak pada masa ini iaitu memastikan perkembangan hubungan dua hala mengikuti arah yang tepat, mengukuhkan momentum mendorong perkembangan hubungan bilateral dan menangani isu gangguan dengan serta-merta. Demikian dinyatakan Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Yoshimasa Hayashi secara maya semalam.

Wang Yi menyatakan, baru-baru ini ada segelintir politikus Jepun memfitnah China tanpa beralasan dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama China termasuk isu Taiwan. Jepun diiangat sepatutnya mematuhi janjinya, menghalang kuasa yang berniat merosakkan hubungan bilateral daripada berkembang besar, berusaha bersama-sama dengan China untuk melindungi hasil yang amat berharga yang tercapai sejak hubungan bilateral dijadikan normal pada 50 tahun yang lalu.  

Dalam pertemuan itu, Wang Yi juga menerangkan pendirian China berhubung langkah-langkah negatif yang diambil Jepun dan Amerika Syarikat melibatkan China.

Wang menyatakan bahawa Jepun bakal mempengerusikan Sidang Kemuncak Mekanisme Empat Pihak yang melibatkan AS, Jepun, India dan Australia. Jepun dan AS adalah negara sekutu, manakala China dan Jepun merupakan negara pemeterai perjanjian damai dan persahabatan. Maka, kerjasama Jepun dan AS tidak seharusnya diarahkan mencetuskan konfrontasi antara kem, apatah lagi menjejaskan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China. Jepun diharap mengambil pengajaran daripada sejarah, mengutamakan kedamaian dan kestabilan serantau, bertindak berdasarkan pertimbangan yang menyeluruh, dan jangan terpedaya sehingga diperalatkan menghadapi risiko tinggi demi mengaut keuntungan pihak lain.

Yoshimasa Hayashi pula menyatakan bahawa Jepun bersedia bersama-sama dengan China mengekalkan visi asalnya sejak hubungan bilateral dijadikan normal, meneruskan komunikasi yang terus-terang bagi menangani isu sensitif dengan baik di samping terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik.