Xi Ucap dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS

2022-05-19 22:19:15  CRI
Share with:

Negara-negara BRICS perlu memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik dan mempertingkat kerjasama keselamatan, mengeratkan komunikasi dan penyelarasan mengenai isu antarabangsa dan serantau, di samping  mempertimbangkan kepentingan teras dan keprihatinan utama masing-masing. Selain itu, pihak-pihak terbabit harus menghormati kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan masing-masing, menentang amalan hegemonisme dan politik kuasa pembuli, menghindari terpesona oleh mentaliti Perang Dingin dan perlawanan blok, dan bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib sesama insan. Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan yang disampaikan dalam majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS melalui pautan video hari ini.

Beliau menekankan bahawa pembangunan merupakan tugas bersama bagi negara-negara yang muncul sebagai pasaran baharu dan negara membamgun. Kelima-lima negara anggota BRICS diharap menjalankan lebih banyak dialog dan pertukaran lawatan dengan negara-negara yang muncul sebagai pasaran baharu dan negara membamgun lain demi menambah persefahaman dan memperkasakan kerjasama agar menyumbang lebih banyak kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.