Xi: China Bersedia Bekerjasama dengan BRICS Galakkan Pembangunan Bersama

2022-05-20 14:19:27  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping berkata, China bersedia bekerjasama dengan semua negara, termasuk negara BRICS, untuk menggalakkan pembangunan bersama di seluruh dunia. 

 Xi membuat kenyataan itu dalam ucapan tahniah kepada Forum Parti Politik, Kumpulan Pemikir dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) BRICS pada Khamis.

"China bersedia untuk bekerjasama dengan semua negara, termasuk negara-negara BRICS, untuk mempercepatkan pelaksanaan agenda PBB 2030 mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), terus mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global, dan bersama-sama membina komuniti pembangunan global," kata Xi.

Xi juga menzahirkan harapan agar parti politik, kumpulan pemikir dan NGO dari BRICS dan negara membangun yang lain memikul tanggungjawab yang wajar, mempergiatkan pertukaran, dan menyumbangkan kebijaksanaan dan tenaga dalam usaha pembangunan bersama global dan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Untuk rekod, pemimpin-pemimpin termasuk Presiden Afrika Selatan yang juga Pengerusi Kongres Kebangsaan Afrika, Cyril Ramaphosa, Presiden Argentina yang juga Pengerusi Parti Justicialist Argentina, Alberto Fernandez, Perdana Menteri Kemboja yang juga Pengerusi Parti Rakyat Kemboja, Hun Sen dan bekas Presiden Indonesia yang juga Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Megawati Soekarnoputri telah menyampaikan ucapan tahniah atas perasmian forum yang diadakan secara maya itu.

Turut hadir, lebih 130 pemimpin parti politik dan perwakilan kumpulan pemikir dan NGO dari 10 negara.