Pameran Artis Berusia 98 Tahun di Muzium Suzhou

2022-05-20 11:06:53  CRI
Share with:

Pameran artis seni cetak China, Huang Yongyu yang berusia 98 tahun dirasmikan sempena Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei.

Pameran anjuran bersama Muzium Suzhou dan Akademi Seni Halus Beijing ini mempersembahkan 78 set blok kayu jenis cetakan dan ukiran hasil ciptaan Huang, dan menceritakan pencapaian seninya dari tahun 1940-an hingga 1990-an.

Pameran bertema "Diukir dalam Kayu – Cetakan Huang Yongyu," menampilkan ilustrasi blok kayu Huang karya sastera klasik dan potret seni cetak yang seakan-akan hidup.

Sepanjang kerjaya seninya yang menjangkau lebih setengah abad, artis tersohor ini telah meneroka pelbagai bentuk seni termasuk penulis puisi, fiksyen dan prosa yang prolifik.

Pameran itu mengimbas kembali kepada minat asal seninya – mengukir kayu – dan mempamerkan banyak karya wakilnya, termasuk "Ashima" dan "Spring Tide."