Jepun Pergiat Proses Lepaskan Air Kumbahan Nuklear ke Laut

2022-05-20 12:55:05  CRI
Share with:

Jepun terus mempergiat proses pengesahan tentang pelepasan air kumbahan loji janakuasa nuklear Fukushima ke laut. Tindakan pihak Jepun yang hanya mengendahkan kepentingan diri sendiri sukar diterima.

Demikian diulas Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam.

 

Menurut laporan media, Jawatankuasa Perancangan dan Peraturan Tenaga Atom Jepun kelmarin mengumumkan satu “rang surat penyiasatan” melibatkan rancangan pelepasan air kumbahan nuklear dari loji janakuasa nuklear Fukushima. Pihaknya akan membuat keputusan bahawa rancangan berkenaan boleh diluluskan atau tidak apabila tamat tempoh memungut suara umum selama sebulan. Tindakan ini bermakna pihak berkuasa Jepun menyalakan “lampu hijau” terhadap rancangan pelepasan air kumbahan nuklear.

Zhao Lijian berkata, pada masa kebelakangan ini, Jepun kelihatan mempergiat proses pengesahan terhadap rancangan pelepasan air kumbahan nuklear ke laut, dan pihaknya menolak memberi jawapan terhadap keprihatinan yang rasional daripada masyarakat antarabangsa dan warga negara sendiri. Setakat ini, banyak soalan termasuk data air tercemar nuklear, keberkesanan kelengkapan penabisan air, impak terhadap persekitaran dan sebagainya tidak mendapatkan penjelasan yang mencukupi dan boleh dipercayai daripada pihak Jepun. Tindakan Jepun yang hanya mengendahkan kepentingan diri sendiri sukar diterima.

 

Zhao berkata, China mendesak kerajaan Jepun jangan degil menganjurkan cadangan pelepasan air kumbahan nuklear ke laut,  melainkan bersungguh-sungguh menghadapi seruan wajar daripada masyarakat antarabangsa dan khalayak ramai dalam negerinya, melakukan perbincangan yang menyeluruh dengan pihak terlibat termasuk negara-negara jirannya dan institusi antarabangsa supaya dapat mencari dan menggubal pakej penyelesaian yang kondusif.