Vaksin CanSino Dapat Sijil Penggunaan Kecemasan WHO

2022-05-20 13:24:31  CRI
Share with:

Convidecia, sejenis vaksin koronavirus baharu rekombinan yang diselidik dan dihasilkan Syarikat Biologi CanSino China menjadi vaksin COVID-19 buatan China yang ketiga selepas Sinopharm dan Sinotech, yang mendapat sijil penggunaan kecemasan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam satu kenyataan WHO pada Khamis, pihaknya telah menyelesaikan kesemua prosedur penilaian terhadap Convidecia yang merangkumi kualiti, keselamatan, kemujaraban, kawalan risiko, aplikasi pelan, dan keadaan perkilangan.