Tahniah Xi atas Ulang Tahun Ke-20 Hubungan Diplomatik China-Timor Leste

2022-05-20 12:56:00  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Timor Leste, José Manuel Ramos-Horta telah saling mengutus kawat tahniah atas ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

 

Menurut Xi, dalam tempoh 20 tahun lalu, China dan Timor Lesta giat memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, mendorong kerjasama substantif berkembang maju, mengintensifkan interaksi sosiobudaya sehingga hubungan kedua-dua negara berkembang menuju ke arah yang sihat dan stabil. Xi berkata, China mengambil berat terhadap hubungan dengan Timor Leste, dan bersedia berusaha bersama dengan Presiden José Manuel Ramos-Horta mendorong hubungan rakan kerjasama komprehensif yang berpandukan semangat kejiranan, persahabatan dan sama untung terus meningkat ke satu tahap baharu demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

 

José Manuel Ramos-Horta pula menyanjung tinggi terhadap peranan China yang mendorong keamanan dan kesatbilan serantau dan dunia. Beliau mengucapkan terima kasih kepada China yang memberi sokongan besar dalam pembinaan negara Timor Leste. Pihaknya akan terus bersatu padu dengan China untuk meningkatkan persahabatan dan kerjasama kedua-dua pihak.

 

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang juga mengirim kawat tahniah kepada rakan sejawatnya Timor Leste, Taur Matan Ruak. Li berkata, kerjasama dan interaksi pelbagai bidang berjalan lancar dalam tempoh 20 tahun lalu. China mementingkan hubungan kerjasama persahabatan dengan Timor Leste dan akan terus menyokong pembinaan serta perkembangan negara itu.

 

Taur Matan Ruak pula berkata persahabatan China-Timor Leste yang ibarat adik beradik mempunyai sejarah yang lama. Kerjasama kedua-dua negara telah mencapai hasil yang memuaskan.  Diharapkan kedua-dua pihak terus meningkatkan kerjasama dalam menghadapi cabaran pasca pandemik.