John Lee Dilantik Sebagai Ketua Eksekutif HKSAR

2022-05-21 13:16:52  CRI
Share with:

Dewan Negara China memutuskan untuk melantik John Lee sebagai ketua eksekutif penggal keenam Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) pada mesyuarat Jumaat.

John Lee akan menjawat jawatan itu pada 1 Julai 2022.

Perdana Menteri Li Keqiang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut menandatangani dekri mengenai pelantikan itu.

Ketika berucap pada mesyuarat itu, Li berkata kerajaan pusat akan terus menaati prinsip "satu negara, dua sistem" dan dasar "Hong Kong ditadbir orang tempatan pada tahap autonomi tinggi", selain mengukuhkan pelaksanaan panduan "Hong Kong ditadbir patriot”.

"Kerajaan pusat akan menyokong sepenuhnya ketua eksekutif dan kerajaan HKSAR dalam melaksanakan tadbir urus berasaskan undang-undang, menyokong Hong Kong meningkatkan statusnya sebagai pusat kewangan, perdagangan dan perkapalan global, mempercepatkan pembinaan Hong Kong ke arah pusat inovasi dan teknologi antarabangsa, sekali gus mengekalkan kemakmuran dan kestabilan dalam jangka panjang di Hong Kong,”kata Perdana Menteri.

Li menambah, setelah menjawat jawatan sebagai Ketua Eksekutif HKSAR nanti, John Lee dipercayai mampu menyatupadukan dan memimpin kerajaan penggal baharu dan tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat untuk membuka lembaran baharu dalam pembangunan tempatan.