China Junjung Multilateralisme dan Sama Menang dalam Kerjasama 'BRICS Plus'

2022-05-21 14:16:09  CRI
Share with:

China menjunjung multilateralisme dan sama menang dalam kerjasama 'BRICS Plus'.

Demikian kata Menteri Luar China Wang Yi ketika mempengerusikan sesi dialog menteri luar antara negara BRICS dengan negara yang muncul sebagai pasaran baharu dan negara membangun melalui pautan video pada malam Khamis.

Wang berkata, model kerjasama "BRICS Plus" yang pertama kali dikemukakan oleh Presiden China Xi Jinping pada lima tahun lalu telah mendapat sokongan dan sambutan positif pelbagai pihak, dan turut meningkatkan nilai BRICS. 

“Meningkatkan perpaduan dan kerjasama dengan negara yang muncul sebagai pasaran baharu dan negara membangun tatkala menghadapi pelbagai risiko dan cabaran pada masa ini menjadi lebih mustahak berbanding dengan masa dahulu ,”kata Wang.

Dimaklumkan, ini adalah dialog ‘BRICS Plus’ yang pertama kali diadakan pada peringkat menteri luar. 

“Dialog ini amat penting dalam memperkasa kerjasama antara negara BRICS dengan negara yang muncul sebagai pasaran baharu dan negara membangun lain,” kata Wang.

Wang turut menyarankan pelbagai pihak terbabit mengekalkan amalan multilateralisme, menumpu kepada pembangunan dan bekerjasama untuk mewujudkan situasi sama menang. 

Sementara itu, para hadirin menyatakan kesediaan untuk menyokong multilateralisme, bersatupadu dalam usaha melawan pandemik COVID-19, dan mengintensifkan kerjasama Selatan-Selatan.

Untuk rekod, selain menteri-menteri luar dari negara BRICS, tetamu asing yang menghadiri dialog itu juga termasuk menteri luar dari Indonesia, Kazakhstan, Arab Saudi, Argentina, Mesir, Nigeria, Senegal, Emiriah Arab Bersatu dan Thailand.