China Tak Setuju Penglibatan Taiwan sebagai Satu Wilayahnya dalam WHA

2022-05-22 13:36:19  CRI
Share with:

Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 bakal diadakan di Geneva pada 22 hingga 28 Mei. Pihak berkenaan Taiwan telah menyatakan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati kerana mereka tidak diundang untuk menyertai persidangan itu. Baru-baru ini, hampir 90 buah negara mengutus surat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menyatakan sokongan terhadap keputusan kerajaan China yang tidak menyetujui penglibatan Taiwan sebagai salah satu wilayahnya dalam WHA.
Sehubungan hal ini, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menyatakan bahawa hanya terdapat satu China sahaja di dunia ini, kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya wakil China yang sah, dan Taiwan merupakan sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Penglibatkan Taiwan China dalam pertubuhan antarabangsa termasuk aktiviti anjuran WHO mesti dilakukan berdasarkan prinsip Satu China, yang termaktub sebagai satu prinsip asas dalam Ketetapan No.2758 Perhimpunan PBB dan Ketetapan No.25.1 WHA.
Wang menerangkan bahawa pada tahun 2009 hingga 2016, berdasarkan prinsip Satu China yang dikekalkan oleh Tanah Besar dan Taiwan, kerajaan China pernah menyediakan kerangka dan jadual khas bagi penglibatan Taiwan dalam WHA untuk lapan tahun berturut-turut. Namun, Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan sejak memegang kuasa pemerintahan di Taiwan degil mempertahankan pendirian “kemerdekaan Taiwan” tanpa mempedulikan kesejahteraan rakyat tempatan, dan menolak untuk mengakui Persetujuan 1992 yang berpandukan ‘Satu China’ sehingga asas politik bagi penglibatan Taiwan dalam WHA terhancur.    
Wang menyatakan, kerajaan pusat China amat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan saudara setanah air Taiwan dan sudah menggubal kerangka yang kondusif bagi Taiwan menyertai urusan kesihatan sejagat berdasarkan prinsip Satu China. Selepas wabak COVID-19 tercetus, kerajaan pusat China pernah memaklumkan keadaan wabak kira-kira 400 kali kepada Taiwan, mengesahkan pakar Taiwan sebanyak 44 kumpulan yang melibatkan 47 orang untuk menyertai aktiviti teknikal WHO pada tahun lalu, dan kawasan Taiwan juga berkali-kali mendapat taklimat wabak daripada sekretariat WHO.
Tindakan DPP yang hendak mengemukakan cadangan mengenai Taiwan telah melanggar Ketetapan No.2758 Perhimpunan PBB dan Ketetapan No.25.1 WHA, dan tujuan sebenarnya adalah untuk mencipta “dua China” atau “satu China satu Taiwan”.
China tidak bersetuju Taiwan menyertai WHA tahun ini adalah untuk memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah serta menjamin Kesungguhan dan kewibawaan ketetapan WHA berkenaan. Keputusan China ini sudah pun mendapat sokongan dan persefahaman yang menyeluruh dari masyarakat antarabangsa.