Pusat Perkhidmatan Perusahaan RCEP Beroperasi di Sanya

2022-05-22 15:32:46  CRI
Share with:

Pusat Perkhidmatan Perusahaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) (Sanya) serta Pusat Perkhidmatan Perniagaan Antarabangsa untuk negara anggota RCEP mula beroperasi di Sanya, provinsi Hainan China pada Jumaat. 

Pada hari yang sama, sesi taklimat perusahaan swasta (Sanya) dan Persidangan Persekitaran Perniagaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan 2022 juga mengumumkan senarai 21 orang  pemerhati untuk kumpulan kedua yang akan bertugas meninjau dan memantau persekitaran perniagaan.

Pusat Perkhidmatan Perniagaan Antarabangsa yang ditubuhkan sebagai kumpulan pertama melibatkan lima negara anggota RCEP, iaitu Malaysia, Brunei, Singapura, Kemboja dan Korea Selatan.

Selain menyediakan perkhidmatan yang tepat kepada syarikat-syarikat dari negara anggota RCEP, pusat-pusat perkhidmatan tersebut juga berperanan kondusif bagi peningkatan interaksi dan penyelarasan antara Sanya dengan kedutaan besar dan konsulat asing, persatuan perniagaan dan syarikat modal, kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan, pelancongan, sains dan teknologi, pertanian, pendidikan dan kesihatan, dan penggunaan sumber dari segenap aspek dalam senario global.