Sambutan Hari Teh Antarabangsa 2022 di Chaozhou

2022-05-22 14:12:46  CRI
Share with:

 

Sambutan Hari Teh Antarabangsa 2022 diadakan semalam di bandar Chaozhou, provinsi Guangdong yang terkenal dengan jenama teh Oolong Fenghuang dan budaya teh Kungfu. Pihak penganjur berjaya memperlihatkan daya tarikan teh China, keindahan dan kedinamikan Chaozhou sebagai lubuk teh di negara ini.

"Perhimpunan teh global" telah diadakan secara maya antara pertubuhan teh antarabangsa, wakil persatuan peniaga dan wakil 56 etnik untuk menyediakan peluang bersama-sama menikmati teh dalam talian.

Pada hari yang sama, pihak berkuasa provinsi Guangdong pula menganjurkan aktiviti "sambutan bersama 100 kaunti" untuk mempergiatkan pembangunan pasaran "12221" industri teh, sekali gus menambah warna kepada Hari Teh Antarabangsa yang dilihat sebagai "pesta tuaian petani" edisi pengusaha teh China.

Selain itu, Perhimpunan Teh Kungfu Chaozhou 2022 juga diadakan untuk mempamerkan hasil yang tercapai dalam pembinaan industri teh di provinsi Guangdong.