China, Jepun, Korea Selatan Anjur Maraton Dalam Talian

2022-05-23 15:27:31  cri
Share with:

China, Jepun dan Korea Selatan mengadakan acara maraton secara dalam talian bermula 13 hingga 29 Mei ini, dengan setiap negara menghantar 100 orang pelari.

Para peserta boleh memilih sendiri laluan, tarikh, malah jadual perlumbaan untuk bertanding dalam maraton tersebut.

Selepas menyelesaikan perlumbaan, mereka hanya perlu memuat naik rekod sendiri yang dicatatkan melalui aplikasi pintar, sambil berkongsi pengalaman mereka di laman sesawang acara itu.

Acara berkenaan dianjurkan oleh Sekretariat Kerjasama Trilateral (TCS) sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik China-Korea Selatan dan jubli emas ikatan diplomatik China-Jepun pada tahun ini.

Pihak penganjur berharap acara seumpama itu dapat mempertingkat interaksi dan persahabatan, di samping memperkasa kerjasama saling menguntungkan antara ketiga-tiga negara.