Usaha China Lindungi Spesies Terancam Capai Hasil Signifikan

2022-05-23 15:49:00  CRI
Share with:

China berjaya melindungi 90 peratus jenis ekosistem dataran tipikal serta meningkatkan populasi lebih 300 spesies hidupan dan tumbuhan liar secara berterusan menerusi projek menyelamatkan spesies terancam secara sistematik.

Antaranya, populasi panda liar, ibis berjambul, gajah Asia dan antelop Tibet masing-masing meningkat kepada lebih 1,864, 6,000, 300 dan 300,000 ekor.

Demikian dimaklumkan Jabatan Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara (NFGA) pada Ahad, yang juga merupakan Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa.

Menurut NFGA, hampir 200 taman botani telah dibina di China setakat ini dengan menghimpunkan lebih 20,000 spesies tumbuhan, menyumbang dua pertiga kepada keseluruhan floranya.

Menerusi pendekatan memperluas pembiakan baka dan pemuliharaan ex situ pula, sebanyak 206 jenis tumbuhan terancam dipulangkan ke habitat asal, 112 daripadanya adalah spesies endemik di negara ini.

Difahamkan, China akan menubuhkan sekumpulan lagi taman negara pada tahun ini membabitkan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, lembangan Sungai Kuning dan Sungai Yangtze, dalam usaha untuk memperkasakan perlindungan biodiversiti.