Patung Gangsa Yuan Longping Dibina di Sanya

2022-05-23 13:21:17  CRI
Share with:


Sempena ulang tahun pertama pemergian Yuan Longping pada 22 Mei, majlis perasmian patung gangsa “Bapa Padi Kacukan” itu diadakan di Taman Peringati Yuan Longping di Taman Padi Negara di bandar Sanya, provinsi Hainan semalam.

Pembinaan patung gangsa itu adalah untuk menyemarakkan semangat berusaha gigih, berjuang dan berinovasi dalam kalangan rakyat, di samping memberi penghargaan kepada sumbangan beliau terhadap pengeluaran bahan makanan di seluruh dunia.